Tuesday, March 23, 2010

{ Tatkala 3 purnama berlalu }

Bermulanya pertengahan Disember,
berkata hanya pada bibir sendiri,
mata hanya melihat diri di serpihan kaca,
hati sentiasa memikir janji.

Tibanya awal Januari,
masih aku menanti saat kata kembali,
namun, semuanya tinggal penantian hingga tibanya Februari...

Kini, dipertengahan Mac,
segala persoalan terjawab,
segala rindu terubat,
dan kini
hati lebih tenang membiarkan kenangan terus menjadi kenangan..

Tatkala 3 purnama berlalu,
aku teruskan hidup tanpa dia tetapi bersama
cinta di syurga...

Wednesday, March 3, 2010

{ Jangan ada Paksaan }

Cinta tak perlu ada paksaan
kerana Cinta akan hadir dengan sendiri

Cinta jangan kerana simpati
kerana Cinta itu akan membawa mati

Cinta bukan untuk dijual beli
kerana Cinta adalah hak hakiki

Cinta tidak selalunya indah
kerana Cinta ibarat juga roda

Jadilah Cinta umpama kopi berbaur gula dan susu
kerana Cinta ini akan lebih dinikmati kita semua