Tuesday, March 23, 2010

{ Tatkala 3 purnama berlalu }

Bermulanya pertengahan Disember,
berkata hanya pada bibir sendiri,
mata hanya melihat diri di serpihan kaca,
hati sentiasa memikir janji.

Tibanya awal Januari,
masih aku menanti saat kata kembali,
namun, semuanya tinggal penantian hingga tibanya Februari...

Kini, dipertengahan Mac,
segala persoalan terjawab,
segala rindu terubat,
dan kini
hati lebih tenang membiarkan kenangan terus menjadi kenangan..

Tatkala 3 purnama berlalu,
aku teruskan hidup tanpa dia tetapi bersama
cinta di syurga...

Wednesday, March 3, 2010

{ Jangan ada Paksaan }

Cinta tak perlu ada paksaan
kerana Cinta akan hadir dengan sendiri

Cinta jangan kerana simpati
kerana Cinta itu akan membawa mati

Cinta bukan untuk dijual beli
kerana Cinta adalah hak hakiki

Cinta tidak selalunya indah
kerana Cinta ibarat juga roda

Jadilah Cinta umpama kopi berbaur gula dan susu
kerana Cinta ini akan lebih dinikmati kita semua

Saturday, January 30, 2010

{ Nasihat Kembali padaKu }

Bila nasihat yang pernah diungkapkan kembali kepada diri sendiri,
ianya umpama satu panah yang tajam dan laju menusuk jauh ke dalam hati kita...
Bila kata-kata yang kita ibaratkan ubat kepada duka mereka,
ianya umpama racun yang berbisa meracuni seluruh tubuh kita...
Bila pesanan bersabar di lontar bersama sentuhan lembut di bahu mereka,
ianya umpama sumpahan berserta tumbukan ke dada...

Thursday, January 28, 2010

{ Tangisan Tanpa Henti }

biar apa yang berlaku ditiap hari, biar senyuman sentiasa terukir dek hiburan rakan sekelas, biar gelak tawa memenuhi kesepian kelas, biar latahan menjadi hiburan teman-teman yang suka mengusik, namun, hati aku tetap rasa satu tangisan yang tak pernah terhenti di kala aku duduk bersendiri...
mendengar alunan lagu, melihat segala kesan percintaan...pasti tangisan yang menyelubungi hati...
....tangisan bertambah hiba tatkala fikirkan hati yang terluka...

tangisan yang tak pernah terhenti, cuma bertukar senyuman tatkala satu suara dibisik kan ke telinga...suara yang diharapkan jujur dan ikhlas buat selamanya..

senyuman kesenangan terus menyingkap diari hidup yang baru, terus membawa aku ke alam bahagia..terus membawa aku ke awang-awangan..

senyuman diharap berterusan melitupi tangisan...aku sentiasa tagihkan kasih yang tulus ikhlas...bukan cinta yang sekadar di mata sahaja...

ucapan terima kasih buat yang memberi ketenangan..buat yang memberi senyuman bukannya tangisan...

diucapkan selamat tinggal pada pembuat luka, biar ia pedih, aku harapkan dia merasa kepedihan yang lebih sekarang..
aku tahu, tangisan yang dia cipta dalam hidup aku, telah menjadi tangisan yang tak kan pernah berhenti dalam hidup dia..dia pasti menyesali atas segalanya...segala kejahatan telah kembali kepada penipu..segala kekecewaan telah kembali kepada pendusta..biar dia terima apa yang sewajarnya...

wahai pendusta pencipta tangisan, ingat lah tiada apa kejahatan yang akan dibalas dengan kebaikan...aku sentiasa mengetahui apa yang terjadi pada kau saban hari...aku ketawa gembira bila kau menangis kerana dulu kau ketawa ketika biar aku terus mencari kau dengan tangisan yang amat dahsyat...kau tiada perikemanusiaan, kini tiada budi akan aku curahkan lagi buat manusia seperti kau, pendusta....

selamat tinggal tangisan, biar pun tangisan masih menyelubungi hati, aku tahu, kau akan menangis lebih hiba dari ini...

Wednesday, January 20, 2010

{ ERTI PERCINTAAN BAGIKU }

Dlm kamus hidup saya, tak pernah wujudnya perkataan kekasih sejati,
sebab yang ada cuma kekasih makan hati...
Dalam kamus hidup saya, tak pernah wujud perkataan romantik,
sebab yang ada cuma kata dusta yang cantik...
Dalam kamus hidup saya, tak pernah wujud perkataan setia,
sebab yang ada cuma siapa diriku pada dia...
Dalam kamus hidup saya, tak pernah wujud dirindui,
sebab yang ada cuma janji yang dimungkiri...

Susah untuk difahami segala isi hati biarpun dia cuma selangkah didepan mata,
Jangan pernah terima janji biarpun sudah beratus diulang kata,
Jangan senang untuk percaya kata-kata biarpun dibisikkan dekat di telinga,
Kerana...
Cinta yang benar-benar tulus dan ikhlas,
tidak akan bisa digambarkan,
dengan kata-kata,
dengan renungan,
dengan sentuhan...

Wednesday, December 30, 2009

{ Indahnya Bahasa kita }

perasan tak bahasa yang kadang-kadang tersembul keluar dr mulut orang disekeliling kita ni memang tak terjangkau dek akal..
klu tak percaya, ni saya ada senaraikan beberapa contoh perkataan
yang di ungkapkan oleh ahli keluarga saya sendiri dan akibatnya kami ketawa terbahak-bahak sampai berair mata tau...


*perkataan yang berwarna pink tu sila sebut dengan sebutan baku*

  • bundle (bun-del)
  • digi (d-gi)
  • blood (blud)
  • bucket ( bu-ket)

Sunday, December 27, 2009

{ Puisi Kesepian }

kesepian terdampar di wajah si kera

nampak tak yang kera kat dalam gambar ni kesunyian?
dia sunyi sgt sbb dia dikurung kat dalam sangkar tu tanpa teman...
ha..mcm tu lah hati kita bila terkurung sepi tanpa teman...
time saya ambil foto ni, si kera ada bisikkan di telinga saya satu puisi..
dia y karang sendiri time dikurung kat dalam sangkar tu...

"kak, ni puisi y saya karang..jdkanlah renungan ye..hehe..", kata kera.

hanya gambar mu yang terlakar,
menjadi pengubat rindu,
hanya kenangan mu yang tercipta,
menjadi pengubat rindu,

hati yang sepi, terus sepi,
tanpa siapa di sisi...

"kak, saya lupa lah puisi ni nye smbungan..hheee..t saya bg lg..bye kak...
t klu akak jumpa kuarga saya kt hutan ke kat zoo lain ke..kirimkan puisi ni ye.."