Friday, December 25, 2009

{ Teruskan Berdoa }


Sebagai manusia biasa, kita tak boleh terlepas dari berdoa...
sebagai manusia biasa juga, biasanya bila doa tidak dimakbulkan kita akan kecewa...
sebagai manusia biasa, kita terlalu gelojoh ketika berdoa...
sebagai manusia biasa, kita kadang-kadang terlupa untuk berdoa...

peliklah kalau seseorang tu amalnya pun tak sebanyak mana,
tapi berdoa dengan gelojoh,
biarlah seimbangkan antara amal yang kita buat dengan doa yang kita pohon wahai sahabat...
macam dacing, kan seimbang ...

sesungguhnya Allah benci tau dengan orang yang sombong,
iaitu orang yang tak berdoa lepas solat...

ada segelintir merasakan yang doanya itu tak pernah didengar oleh Allah
bila doanya tidak dimakbulkan..
sbnrnya mereka silap,
kerana Allah telah mendengar doa mereka kemudian Allah telah himpunkannya di langit dan akhirnya mereka akan dapat lebih baik dari apa yang didoakan satu hari nanti,
ataupun mungkin akan mendapat ganjaran di akhirat kelak, InsyaAllah...

saya ingatkan diri saya sendiri n juga sahabat2, teruskan berdoa, jangan berhenti berdoa kerana Allah sentiasa mendengarnya...

No comments:

Post a Comment